Ummi Maryam
Seingat saya, setiap kali Hari Raya, mak saya akan beli 2 kilo tepung untuk dibuat kuih makmur. mujur adik beradik perempuan ada 7 orang nak menguli tepung. disebabkan ramai tetamu memang cari kuih ni kalau bertandang di rumah, so kuih ni memang kuih wajib setiap kali raya. sekarang ni dah duduk jauh dari family, kuih ni macam 'comfort food' pulak... haa terubat sikit homesick aku..huhu..

Bahan-bahan

1 cawan ghee (minyak sapi QBB)

1/2 kilo tepung gandum

1/2 cawan kacang tanah dan gula (disatukan dan diblend)

1 cawan gula aising/ kastor (kalau takde boleh blend gula biasa sampai halus)

Mai Masak

1. Cairkan ghee menggunakan api sederhana. bila dah suam, masukkan dalam tepung sedikit demi sedikit


2. uli sampai tepung boleh dikepal-kepal
3. bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki

4. Gunakan jari telunjuk sekiranya nak inti sikit dan ibu jari kalau nak inti banyak

5. masukkan init kacang+gula yang telah diblend

6. kepal-kepalkan adunan sehingga menjadi bulat semula..kalau tak perfectly bulat pun takpe.. nanti dah kena salut gula dah tak nampak sangat pun


7. bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 16-20 minit sampai atas makmur kelihatan sedikit merekah


8. biarkan makmur sejuk kejap pastu golek-golekkan atas gula


Wokeh selamat mencuba! yang penting 'Kita Enjoy'..

1 Response
  1. ororo Says:

    eh, zaza ko amek gambo setiap step, rajinnya, si mary ke yg yg amek gambo hehehe

    aku nak amek resepi ko nih keh keh