Ummi Maryam
Apple pie ni saya selalu buat untuk minum petang sambil minum kopi panas. memang kena particularly if i sit down with my family. my anak-anak also enjoy makan pie ni when i put a scoop of vanilla ice cream with it. it only takes about 15 minutes to prepare. so please try it and enjoy!.

Hot from the oven




Maryam's fav- Warm Apple Pie with melting vanilla ice cream..... nyam nyam..



Bahan-bahan Pie crust- gabungkan tepung, garam telur dan minyak dan uli. masukkan air sedikit semi sedikit sehingga menjadi doh lembut. 400 g tepung gandum
1 biji telur

1 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak makan/marjerin

air masak secukupnya




Bahan untuk filling- campurkan semua bahan dan masak menggunakan api kecil sehingga air menjadi pekat
2 biji epal merah (saiz genggaman tangan anda)- buang kulit dan hiris

1/2 cawan gula

1 kulit kayu manis bersaiz 2 inci

3sudu besar tepung jagung/ gandum



1. Masak filling terlebih dulu. ini filling yang telah siap dimasak



2. Apabila doh telah digelek, telangkupkan loyang di atas doh.



3. terbalikan doh ke atas loyang dan tekan bahagian tapak loyang supaya tiada udara terperangkap di bawah doh


4. Tekan adunan di bahagian tepi loyang menggunakan batang garfu


5. cucuk bahagian tapak pie crust dengan garfu


6. Letakkan filling dalam loyang



7. Tutup loyang dengan menggunakan lebihan doh tadi dan hias




erk... ni bunga ke daun ni?... entahlah labu..
Labels: 1 comments | edit post
Ummi Maryam
AUTOMATIC WATER/OIL PUMP
Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam
So many types of clams


The ones with the pink flesh are the salmon. notice the tail


These are the big guys- the Maguro. the flesh is red

Ini siput sodut dari jopun. mak aih sakit mulut nak sodut



Maguro... lagi besar dari badan aku



Ini Salmon, nampak isi dia kat perut tu warna pink


Eel. ini pun sodap kalau bakar



Baby octopus


ini pun siput sodut tapi keturunan lain punya

Ummi Maryam



Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam




Bahan-bahan

8 hati ayam-dibersihkan dan dibelah 'bite size'
5 sudu Serbuk Kurma
5 bawang merah dan 5 bawang putih- disatukan dan diblend
2 sudu cili giling/ boh
3 cili hidup (optional)
2 sudu serbuk kari
2 sudu sos tomato
5 sudu kicap pekat manis
bahan perisa


Cara memasak

1. Goreng bawang dan cili giling sehingga layu. masukkan serbuk kurma dan kari dan goreng sehingga pecah minyak
2. masukkan hati ayam dan gaul. masukkan sos tomato, kicap manis dan cili hidup. masukkan bahan perisa dan biarkan hati seketika sehingga sedikit garing. kalau nak boleh tabur daun saderi supaya lebih wangi. selamat mencuba!
Ummi Maryam



Kek ni saya selalu sajikan untuk puteri-puteri saya. ia mudah di buat dan tidak mengambil masa yang lama. Selamat mencuba!


Bahan-bahan

2 biji telur (pisahkan telur kuning dari telur putih)
1 cawan marjerin/ minyak masak
2 cawan tepung
1 cawan susu segar
Bahan pewarna

Cara memasak

1. Putarkan telur putih sehingga kembang dalam satu bekas
2. Dalam satu bekas lain putarkan telur kuning, minyak masak, tepung, susu segar sehingga mesra. kemudian masukkan putih telur yang telah diputar tadi.







3. Asingkan adunan mengikut bilangan pewarna. disini saya menggunakan warna biru, hijau dan kuning. letakkan adunan dalam loyang satu-persatu dan berlapis.

4. letakkan dalam loyang yang telah disapukan marjerin/ minyak masak. bakar dalam oven bersuhu 160 selama 18-20 minit. benamkan lidi/ toothpick ke tengah-tengah kek. sekiranya adunan tidak melkit pada lidi/ toothpick, kek anda telah siap.





Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam


Resepi kek ni saya dapat dari abang saya Chef Kadi dan telah menjadi kebiasaan kitorang makan kek ni especially Hari Raya. Saya recommend resepi ni sebab memang sedap dan mudah dibuat. kalau u all tak nak letak whip cream pun takpe, rasa kek dia je memang sodap!

Bahan-bahan

A) Bahan untuk kek

185 g/ 3/4 butter atau marjerin
1 3/4 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 sudu kecil essen vanilla

B) Bahan untuk caramel
1 telur kuning
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil serbuk kopi
2 sudu besar gula


C) Bahan untuk aising- satu kotak 'whip cream'- sebelum diputarkan, sediakan satu botol air mineral yang telah disejukkan dalam freezer selama 30 minit-1 jam

Cara memasak
Sebelum mengadun ayak tepung dan serbuk koko supaya adunan tidak berketul-ketul dapat memasukkan udara kedalam adunan dan adunan dapat mengembang dengan sekata
1. Putarkan butter/marjerin dan gula kastor sehingga mesra (gula kelihatan sudah sebati dengan butter/marjerin)
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
3. Masukkan tepung naik sendiri+ serbuk koko yang telah diayak dan susu cair. part ini saya lakukan dengan tangan dan bukan mixer sebab kalau dengan mixer adunan akan merecik masa masukkan susu cair
4. letakkan adunan dalam loyang yang telah disapu marjerin/minyak dan bakar dalam oven bersuhu 160 darjah celcius selama 18-20 minit.

Cara membuat caramel
Masukkan semua bahan dalam satu periuk dan adun sehingga sebati.masak menggunakan api kecil sambil mengacau sehingga adunan menjadi kental. sejukkan seketika sebelmu meletakkan diantara lapisan kek.


Cara membuat whip cream
1. Letakkan air mineral yang telah sejuk/ separuh beku ke dalam satu bekas.
2. letakkan whip cream dalam satu bekas lain yang lebih kecil dan letakkan ditengah-tengah air bekas sejuk tadi. putar selama15-20 minit sehingga whip cream 'forms a peak' kalau anda angkat pemutar dari whip cream. letak whip cream di atas kek dan taburkan chocolate rice/ hirisan chocolate. sejukkan kek dan hidangkan.



Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam

Cuba korang perhatikan benda-benda kat bawah. Ada yang pelik tapi perlu sebenarnya kat dapur kita. favorite saya pembuka botol getah tu (walaupun anak saya suka gigit sebab gigi dia baru nak tumbuh- menunjukkan sebenarnya ia mempunyai pelbagai kegunaan) saya agak kagum dengan invention orang-orang kat negara lain. dan kalau orang kita sekreatif diorang ni memang boleh jadi orang kaya dengan menjual idea kita.

Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam


Laksa Johor (Step by step)

Masa saya kat KL, Laksa Johor ni cuma boleh dapat masa Bulan Puasa saja. kalau ada kedai nak jual pun, boleh dikira dengan jari. Mungkin sebab ramai orang cakap renyah nak buat laksa Johor ni. Memang renyah first-first buat tu, tapi sebab suami saya punya favorite, saya biasakan masak. actually kalau dah biasa buat senang je. Selamat mencuba!










Bahan-bahan


Cara memasak


Bahan A (disatukan dan blend)
5 Bawang putih
1 Bawang besar




Bahan B
’Tiga sekawan’ (1 Bunga Lawang, 3 Buah Pelaga, 1 Kayu manis)
½ cawan serbuk kari daging/ ikan 2 Asam keping/ ½ cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat (bahan optional-kalau ada kerisik pun lagi melemakkan rasa kuah, itupun kalau boleh ada)




Bahan C (rendam dan tumbuk/ hiris nipis-nipis)
Ikan bilis/ udang kering




Bahan D
(rebus dengan sedikit minyak dan garam)
Spagetthi




Bahan E
Ikan Kembung (direbus dan ditos. Bila sejuk pisahkan tulang dari isi ikan. Isi ikan kemudian diblend halus). Jangan buang air rebusan ikan.




Bahan F
Telur yang telah direbus
Tauge
Timun
Daun salad (kalau takde pun takpe)
Bawang besar yang telah dihiris


Cara menyediakan isi ikan


1. Rebus ikan




2. Toskan ikan dan biarkan sejuk


3. Pisahkan tulang dari isi ikan. kalau dapat ikan yang bersaiz besar lagi mudah memisahkan tulang-tulang dari isi ikan.



4. inilah isi ikan yang telah diblend bersama sedikit air rebusannya.




Panaskan minyak dan masukkan bahan C. Bila dah naik bau masukkan bahan Tiga sekawan. Goreng sampai naik bau dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang layu dan masukkan serbuk kari. Goreng sampai naik bau dan serbuk kari sedikit melekit pada kuali.


Masukkan isi ikan tadi dengan air rebusannya. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping/ air asam jawa. Bila dah menggelegak masukkan santan (dan krisik kalau ada).





Letakkan spagetthi yang telah direbus dan letakkan bahan-bahan F. Selepas tu baru letakkan kuahnya.


Tomyam Kepala Ikan


Abah saya cukup suka makan Kari Kepala Ikan. Makan atas daun pisang baru dapat aroma sekali dengan papadom.Tapi asyik buat kari je.. apa kata kita cuba buat Tomyam pulak. Best wa cakap lu...masa tidur pun masih teringat-ingat sedapnya kuah tomyam tu..... sehingga menjilat jari.



Bahan-bahan
Bahan A (paste Tomyam)

Segenggam cili kering dikisar

1 cawan (cawan kopi) udang kering dikisar

1/2 inci belacan

Separuh cawan (cawan kopi) air asam jawa

3 ulas bawang putih dikisar

3 ulas bawang merah dikisar

Separuh cawan perahan limau purut/ kasturi


Bahan B
Separuh kepala ikan merah/ tenggiri- buang sisik dan potong 'bite size'.

Bahan C
1 lobak Merah
3 batang Daun Sup
3 batang Daun Bawang
1 batang seleri (optional-kalau ada saja)
1 Tauhu (optional-kalau ada saja)
3 cili padi


1. Sebelum






Cara memasak.


1. Hiris dan blend bahan A. Panaskan minyak dan tumis paste tersebut sampai naik bau. masukkan carrot dan tambahkan satu cawan air reneh selama 5 minit dengan api sederhana.


2. Masukkan kepala ikan.


3. Masukkan bahan C dan biarkan selama 8-10 minit. masukkan garam dan bahan perasa MSG/ gula.


2. Selepas


Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam
Ikan Bilis Liking


Bahan-bahan

Satu Genggam Ikan Bilis- Buang perut, dibasuh dan ditoskan
2 inci halia tua- dihiris
2 ulas bawang putih- dihiris
1 ulas bawang merah
1 sudu besar biji lada hitam

Cara-cara memasak

Goreng ikan bilis menggunakan api sederhana sehingga garing. toskan.
tumbuk atau blender ikan bilis tersebut bersama halia, bawang putih, bawang merah dan biji lada hitam.

Ibu boleh makan dengan nasi panas atau bersama-sama lauk lain. lauk ini boleh disimpan di peti sejuk dan dipanaskan sebelum makan.
Labels: 0 comments | edit post
Ummi Maryam
ROTI KETAYAP DAN KARI AYAM

Bahan-bahan untuk roti Ketayap
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 titik pewarna kuning telur
1 biji telur
sedikit minyak sapi (QBB) untuk menggoreng
Bahan-bahan Kari Ayam
1/2 Ayam bersaiz sederhana
1/2 cawan serbuk Kari Ayam
1 cawan santan
3 biji kentang
5 biji Bawang merah dan 5 biji bawang putih-disatukan dan diblend
Cara memasak Roti
1. Gabungkan semua bahan-bahan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. saring adunan tersebut untuk mendapatkan roti yang cantik.
2. panaskan 'non stick pan' dengan api kecil cukup untuk melarutkan pinyak sapi dan bukan untuk menghanguskannya. apabila sudah sedikit panas letak satu sudu kecil minyak sapi dan alurkan ke sekeliling pan
3. apabila minyak sapi sudah larut, masukkan 1/2 cawan adunan tepung dan alurkan ke sekeliling pan. apabila adunan sudah masak, bahagian tepi adunan akan kelihatan sedikit kering dan mungkin terlerai dari pan. angkat adunan tersebut dan lipat mengikut citarasa anda.
Cara memasak kari ayam
1. Goreng bawang yang telah diblend menggunakan api sederhana
2. apabila sudah layu, masukkan serbuk kari ayam dan goreng sehinnga pecah minyak iaitu apabila serbuk kari kelihatan melekit pada kuali dan minyak kelihatan terlerai dari serbuk kari dan bawang
3. masukkan ayam dan goreng sehingga serbuk sebati dengan ayam. masukkan 2 cawan air dan biarkan mereneh selama 10 minit.
4. masukkan ubi dan biarkan mereneh selama 10-15 minit. cucuk ubi dengan garfu, sekiranya telah lembut bermakna kari anda sudah siap. okay sekarang boleh hidang bersama dengan roti ketayap.. best kuah dia pekat woo...

KEK PISANG MUDAH

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan minyak

1 cawan susu/ air

2 telur (telur putih dipisahkan dari telur kuning)

3/4 cawan gula

3/4 cawan pisang yang telah diblend

Cara memasak

1. dalam satu bekas, pukul telur putih sehingga kembang

2. dalam satu bekas yang lain adunkan telur merah, gula, tepung naik sendiri, susu dan minyak sehingga mesra

3. masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan tepung tadi dan gaul mesra

4. bakar adunan dalam oven bersuhu 160 darjah selama 18-20 minit.