Bahan-bahan untuk nasi
1. 4 gelas beras (dibasuh dan ditos), satu ulas bawang putih, 2 inci bawang merah/ besar, 3 inci halia (dihiris), tiga sekawan (bunga lawang, kayu manis, pelaga), kiub/ serbuk perisa ayam, pandan, lemak/ kulit ayam yang telah diperap dengan kicap dan sedikit garam
Bahan untuk ayam- gaulkan 2 dada ayam dengan 1/4 cawan serbuk kurma ayam/daging, garam, kicap manis, 2 sudu serbuk lada, bawang merah dan putih kisar, halia. perap sekurang-kurangnya 1/2 jam. saya perap sau malam dalam fridge barulah rasa sedap ayam tu. goreng menggunakan api yang kecil- air lebihan perapan tu jangan dibuang, guna masa buat sos
Bahan untuk sos Blackpepper
Air perapan ayam, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan, 1 sudu tepung jagung/ gandum, serbuk lada hitam (gaulkan semua sehinnga sebati. goreng bawang putih menggunakan api sederhana sehingga sedikit garing dan masukkan air perapan. masak sehingga pekat kalau nak cair tambah sedikit air.
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin/ minyak makan
air secukupnya
Bahan-bahan inti- goreng bawang mengunakan api sederhana. masukkan sayuran dan goreng sehingga empuk
1 ulas bawang putih
1/4 cawan carrot dipotong mancis
1/4 cawan ubi kentang dipotong mancis
1/4 cawan kobis dihiris halus
1/4 cendawan butang (optional)
1/4 cawan soo hun (optional)
Mai Masak
2. lipat doh dan tekap hujung jari/ garfu di tepi doh
3. telangkupkan bibir gelas di tepi doh yg telah dilipat
Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
air secukupnya
1/2 cawan green tea (yg larut dlm air)
1 cawan kacang kisar + gula
Mai Masak
Bahan-bahan Kuah
1. 1 cawan bawang merah + bawang putih- dikisar
2. 3 cm kunyit hidup/ serbuk kunyit
3. 3 cawan santan/ susu segar
4. lobak merah- dihiris memanjang
5. lobak putih-dihiris memanjang
6. kobis-dihiris
7. foo chuk (optional)- dipotong memanjang
8. ubi kentang- dihiris
Bahan-bahan sambal kacang
1. 1 cawan bawang merah + bawang putih- dikisar
2. 1 cawan cili kisar
3. 3/4 cawan kacang tanah diblend
4. 2 biji ubi kentang- direbus dan dilenyek (optional)
Bahan-bahan sambal Cili
1. 1 cawan bawang merah + bawang putih- dikisar
2. 1 cawan cili kisar
3. 1/2 cawan air perahan asam jawa
4. bahan perisa
Bahan-bahan mentah
1. 4 ketupat segera- direbus dan dipotong kiub
2. Timun- dihiris memanjang
3. tauhu kering
4. Tempeh- dihiris dan digoreng hingga garing
5. serunding daging/ ayam
Mai masak
1. Kuah- goreng bawang kisar hingga layu dan masukkan kunyit/ serbuk kunyit. masukkan bahan 4-8. masukkan santan/ susu dan bahan perisa
2. Sambal kacang- goreng bawang kisar+ cili kisar hingga pecah minyak. masukkan ubi kentang lenyak dan kacang tanah kisar. masukkan air asam jawa dan bahan perisa
3. Sambal cili- goreng bawang kisar+ cili kisar hingga pecah minyak. masukkan air asam jawa dan bahan perisa
4. menghidang- aturkan nasi himpit, timun dan tauhu kering dalam mangkuk. masukkan kuah, sambal kacang dan sambal cili. taburkan tempeh dan serunding- Siap!
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis kering
1 cawan air suam
1/4 cawan yogurt
bawang putih, cili hijau (optional)- dihiris. campurkan sedikit minyak dan satukan
Mai masak
1. cairkan yis kering dalam air suam
2. masukkan yogurt ke dalam tepung dan adun
3. masukkan air suam+yis sedikit demi sedikit dalam tepung sambil mengadunnya sehingga menjadi doh yang lembut. tutup bekas adunan dan biarkan adunan sekurang-kurang 30 minit
4. ambil doh sebesar bola tenis dan gelekkan tapi jangan terlalu nipis. letakkan bawang putih+cili hijau+minyak tadi dan biarkan doh selama 15 minit sebelum masak.
Bahan-bahan
(A) Kuah
1 cawan bawang merah + bawang putih kisar
1/2 cawan serbuk kari daging
1 cawan santan
1/2 cawan air asam jawa
5 ekor udang, 2 ekor sotong yang tlh dipotong-potong, 5 hiris daging ayam/ lembu
bahan perisa
(B) Sambal
1 cawan bawang merah + bawang putih kisar
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
bahan perisa
(C) Bahan mentah
Mi kuning/ spagethi halus
taugeh
daun ketumbar- dihiris
tauhu kering- dihiris
timun- dihiris
Mai masak
1. untuk membuat kuah, goreng bawang kisar menggunakan api sederhana sehingga layu.
2. masukkan serbuk kari dan goreng sehingga pecah minyak. masukkan sotong, udang dan daging ayam/ lembu
3. masukkan santan dan air asam jawa
4. masukkan bahan perisa
5. untuk sambal goreng bawang kisar dan cili kisar menggunakan api sederhana sehingga pecah minyak. masukkan air asam jawa dan bahan perisa
6. aturkan bahan-bahan mentah dan telur rebus dalam pinggan dan tuang kuah kari. letakkan sambal di atas mi.
Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung naik sendiri
2. 1 genggam kacang walnut (optional boleh tukar kacang lain spt. kacang tanah, pecan,almond)
3. 1 cawan susu/ air
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 1 cawan coklat masak/ bitter sweet chocolate
6. 185g butter/ 1 cawan minyak masak
7. 3 biji telur
Mai masak
1. cairkan butter/ minyak masak dan cooking choc/ bitter sweet choc. ketepikan sehingga suam
2. Adunkan tepung, telur, susu/ air, esen vanilla sehingga sebati. masukkan kacang
3. tuang bahan yg dicairkan tadi dan adun sampai sebati
4. bakar dalam ketuhar bersuhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit.
Bahan-bahan
1 cawan ghee (minyak sapi QBB)
1/2 kilo tepung gandum
1/2 cawan kacang tanah dan gula (disatukan dan diblend)
1 cawan gula aising/ kastor (kalau takde boleh blend gula biasa sampai halus)
Mai Masak
1. Cairkan ghee menggunakan api sederhana. bila dah suam, masukkan dalam tepung sedikit demi sedikit
4. Gunakan jari telunjuk sekiranya nak inti sikit dan ibu jari kalau nak inti banyak
5. masukkan init kacang+gula yang telah diblend
6. kepal-kepalkan adunan sehingga menjadi bulat semula..kalau tak perfectly bulat pun takpe.. nanti dah kena salut gula dah tak nampak sangat pun
7. bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 16-20 minit sampai atas makmur kelihatan sedikit merekah
8. biarkan makmur sejuk kejap pastu golek-golekkan atas gula
Wokeh selamat mencuba! yang penting 'Kita Enjoy'..
Kari Ikan Salmon Ala Sushi
A) Bahan untuk Kari Ikan Salmon
3 ulas bawang putih dan 5 biji bawang lblend
Isi ikan Salmon tanpa tulang dipotong 2X3 inci
1/2 cawan serbuk kari ikan
santan
bahan perisa
B) Sushi Nori
c) Nasi 1 cawan
Mai masak
1. Panaskan minyak menggunakan api sederhana
2. masukkan bawang yg tlh diblend dan goreng sehingga bawang layu dan sedikit melekit pada kuali
3. masukkan serbuk kari dan goreng sampai pecah minyak
4. masukkan 2 cawan air dan biarkan sampai sedikit menggelegak. masukkan isi ikan dan birakan sehingga kuah mendidih selama 1 minit. jangan biar ikan lama sangat dalam kuah nanti hancur
Onigiri Nasi Goreng Belacan
1 cawan nasi
1 sudu kecil belacan
1 genggam ikan bilis
sayur asparagus (optional- boleh tukar dengan sayur lain spt. sayur kacang, kangkung dll sayur yang sesuai dimasak dengan belacan)
Cili padi
Sushi nori
Mai masak
1. panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. goreng sehingga ikan bilis sedikit garing dan naik bau. masukkan bawang putih dan cili padi dangoreng sehingga bawang layu
2. masukkan belacan dan goreng sehingga belacan tidak lagi melekit pada sudip dan bercampur dengan minyak
3. masukkan nasi dan sayur.
4. masukkan bahan perisa dan goreng sehingga sayur sedikit layu.