Ummi Maryam
ROTI KETAYAP DAN KARI AYAM

Bahan-bahan untuk roti Ketayap
2 cawan tepung gandum
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 titik pewarna kuning telur
1 biji telur
sedikit minyak sapi (QBB) untuk menggoreng
Bahan-bahan Kari Ayam
1/2 Ayam bersaiz sederhana
1/2 cawan serbuk Kari Ayam
1 cawan santan
3 biji kentang
5 biji Bawang merah dan 5 biji bawang putih-disatukan dan diblend
Cara memasak Roti
1. Gabungkan semua bahan-bahan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. saring adunan tersebut untuk mendapatkan roti yang cantik.
2. panaskan 'non stick pan' dengan api kecil cukup untuk melarutkan pinyak sapi dan bukan untuk menghanguskannya. apabila sudah sedikit panas letak satu sudu kecil minyak sapi dan alurkan ke sekeliling pan
3. apabila minyak sapi sudah larut, masukkan 1/2 cawan adunan tepung dan alurkan ke sekeliling pan. apabila adunan sudah masak, bahagian tepi adunan akan kelihatan sedikit kering dan mungkin terlerai dari pan. angkat adunan tersebut dan lipat mengikut citarasa anda.
Cara memasak kari ayam
1. Goreng bawang yang telah diblend menggunakan api sederhana
2. apabila sudah layu, masukkan serbuk kari ayam dan goreng sehinnga pecah minyak iaitu apabila serbuk kari kelihatan melekit pada kuali dan minyak kelihatan terlerai dari serbuk kari dan bawang
3. masukkan ayam dan goreng sehingga serbuk sebati dengan ayam. masukkan 2 cawan air dan biarkan mereneh selama 10 minit.
4. masukkan ubi dan biarkan mereneh selama 10-15 minit. cucuk ubi dengan garfu, sekiranya telah lembut bermakna kari anda sudah siap. okay sekarang boleh hidang bersama dengan roti ketayap.. best kuah dia pekat woo...

KEK PISANG MUDAH

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung naik sendiri

1 cawan minyak

1 cawan susu/ air

2 telur (telur putih dipisahkan dari telur kuning)

3/4 cawan gula

3/4 cawan pisang yang telah diblend

Cara memasak

1. dalam satu bekas, pukul telur putih sehingga kembang

2. dalam satu bekas yang lain adunkan telur merah, gula, tepung naik sendiri, susu dan minyak sehingga mesra

3. masukkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan tepung tadi dan gaul mesra

4. bakar adunan dalam oven bersuhu 160 darjah selama 18-20 minit.

Labels: edit post
0 Responses