Ummi Maryam


Laksa Johor (Step by step)

Masa saya kat KL, Laksa Johor ni cuma boleh dapat masa Bulan Puasa saja. kalau ada kedai nak jual pun, boleh dikira dengan jari. Mungkin sebab ramai orang cakap renyah nak buat laksa Johor ni. Memang renyah first-first buat tu, tapi sebab suami saya punya favorite, saya biasakan masak. actually kalau dah biasa buat senang je. Selamat mencuba!










Bahan-bahan


Cara memasak


Bahan A (disatukan dan blend)
5 Bawang putih
1 Bawang besar




Bahan B
’Tiga sekawan’ (1 Bunga Lawang, 3 Buah Pelaga, 1 Kayu manis)
½ cawan serbuk kari daging/ ikan 2 Asam keping/ ½ cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat (bahan optional-kalau ada kerisik pun lagi melemakkan rasa kuah, itupun kalau boleh ada)




Bahan C (rendam dan tumbuk/ hiris nipis-nipis)
Ikan bilis/ udang kering




Bahan D
(rebus dengan sedikit minyak dan garam)
Spagetthi




Bahan E
Ikan Kembung (direbus dan ditos. Bila sejuk pisahkan tulang dari isi ikan. Isi ikan kemudian diblend halus). Jangan buang air rebusan ikan.




Bahan F
Telur yang telah direbus
Tauge
Timun
Daun salad (kalau takde pun takpe)
Bawang besar yang telah dihiris


Cara menyediakan isi ikan


1. Rebus ikan




2. Toskan ikan dan biarkan sejuk


3. Pisahkan tulang dari isi ikan. kalau dapat ikan yang bersaiz besar lagi mudah memisahkan tulang-tulang dari isi ikan.



4. inilah isi ikan yang telah diblend bersama sedikit air rebusannya.




Panaskan minyak dan masukkan bahan C. Bila dah naik bau masukkan bahan Tiga sekawan. Goreng sampai naik bau dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang layu dan masukkan serbuk kari. Goreng sampai naik bau dan serbuk kari sedikit melekit pada kuali.


Masukkan isi ikan tadi dengan air rebusannya. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping/ air asam jawa. Bila dah menggelegak masukkan santan (dan krisik kalau ada).





Letakkan spagetthi yang telah direbus dan letakkan bahan-bahan F. Selepas tu baru letakkan kuahnya.


Tomyam Kepala Ikan


Abah saya cukup suka makan Kari Kepala Ikan. Makan atas daun pisang baru dapat aroma sekali dengan papadom.Tapi asyik buat kari je.. apa kata kita cuba buat Tomyam pulak. Best wa cakap lu...masa tidur pun masih teringat-ingat sedapnya kuah tomyam tu..... sehingga menjilat jari.



Bahan-bahan
Bahan A (paste Tomyam)

Segenggam cili kering dikisar

1 cawan (cawan kopi) udang kering dikisar

1/2 inci belacan

Separuh cawan (cawan kopi) air asam jawa

3 ulas bawang putih dikisar

3 ulas bawang merah dikisar

Separuh cawan perahan limau purut/ kasturi


Bahan B
Separuh kepala ikan merah/ tenggiri- buang sisik dan potong 'bite size'.

Bahan C
1 lobak Merah
3 batang Daun Sup
3 batang Daun Bawang
1 batang seleri (optional-kalau ada saja)
1 Tauhu (optional-kalau ada saja)
3 cili padi


1. Sebelum






Cara memasak.


1. Hiris dan blend bahan A. Panaskan minyak dan tumis paste tersebut sampai naik bau. masukkan carrot dan tambahkan satu cawan air reneh selama 5 minit dengan api sederhana.


2. Masukkan kepala ikan.


3. Masukkan bahan C dan biarkan selama 8-10 minit. masukkan garam dan bahan perasa MSG/ gula.


2. Selepas


Labels: edit post
0 Responses